Norma Baru Hari Raya Puasa 1441 Hijrah/Tahun 2020
Tahun ini 1441h/2020,
Merupakan tahun unik dimana hari raya puasa diraikan secara normal baru. Bukan lagi secara tradisi.
Akibat ancaman wabak Covid-19 yang melanda dunia sejak bermula dari Wuhan, China pada penghujung tahun 2019.
Kini wabak pendemik ini sudah merebak ke seluruh dunia. Dengan jumlah kes sudah memasuki angka 5 juta, di mana kematian sudah mencecah 329,160. (Statistik diambil pada 20 Mei 2020 dari laman
https://www.worldometers.info/coronavirus/#countries )
Mungkin lagu Balik Kampung tidak menjadi siulan anak-anak kecil pada tahun ini seperti meriahnya tahun-tahun sebelumnya. Kerajaan tidak membenarkan aktiviti merentas sempadan negeri.
Majoriti penduduk di lembah klang merupakan anak rantau yang kampung mereka di serata pelusuk Malaysia. Mereka tidak dibenarkan pulang berhari raya. Arahan ini dikeluarkan demi menangani penularan wabak menjadi lebih parah.
Sebagai rakyat yang patuh kepada perintah pemerintah. Kita pasti berlapang dada. Ikuti saja perintah agar wabak ini berjaya kita tawan.
Pemerintah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin untuk seluruh rakyat.
Kita jaga kita. Kita sebagai ketua keluarga harus bertanggungjawab kepada ahli keluarga kita. Beri penerangan kepada pasangan dan anak-anak kita. Itulah asas kepimpinan.
Jadi pada kali ini, nikmati saja perayaan Hari Raya Puasa tahun ini bersama keluarga kecil sahaja. Solat bersama, sampaikan 'khutbah' kepada ahli keluarga, makan bersama. Inilah latihan merapatkan nilai-nilai kekeluargaan di antara kita.
Selamat berpuasa jangkamasa pendek dan panjang. Teruskan berfikir agar kita mendapat pelajaran.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PUASA 1441 HIJRAH/Tahun 2020.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Ikhlas,
Nasrul Wahab
NWO - Nasrul Wahab Official
Comments
Post a Comment