Ringankan Tangan

Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu, dia pun mengecat perahu tersebut.

Saat mengecat, dia terjumpa sebuah lubang kecil di dasar perahu tersebut. Terfikir takut akan mendatangkan  kemalangan...lalu ia menampalnya diam-diam. Selepas tamat mengecat, ia menerima upahnya dan pergi.

Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga.

Si tukang cat terkejut dan berkata,

"Anda sudah membayar upah saya
Tuan".

"Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku".

"Ah, itu kan cuma hal kecil. Tuan tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini utk pekerjaan sekecil itu".

Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat perahu itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut.

Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan menaiki perahu itu.

Mereka tidak tahu tentang lubang itu. Sementara saya tidak berada di rumah saat mereka pergi.

Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khuatir kerana saya tahu kalau perahu itu bocor.

Alangkah leganya hati saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat. 

Lalu saya mendapati bahawa anda telah menampal lubang perahu yang bocor itu. Anda telah menyelamatkan anak-anak saya dengan izinNya. 

Yang sudah anda lakukan bukan perkara kecil. Kerana ia telah menyelamatkan nyawa orang lain.

Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikan tuan itu.

Teruslah menolong. Teruslah menghulur tangan tanpa mengharapkan balasan manusia.

Ringankanlah beban orang lain dan perbaikilah setiap "lubang" yg kita temukan.

Kita tidak akan pernah tahu bila bantuan kita akan  bermanafaat. 

Kerana sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu bila PERBUATAN BAIK kita akan mendatangkan MANAFAAT.

Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanafaat bagi orang lain, sebenarnya kita sudah pun berusaha menerangi jalan kita sendiri.

Jadilah penyuluh jalan bagi orang lain. 

Jika manusia di dunia sahaja sudah pun boleh melihat serta menilai perbuatan yang baik,
apalagi Allah SWT yg menguasai hari Pembalasan.

Buatlah Amal Baik sebelum sampainya pd hari dimana tiada gunanya anak pinak dan harta benda melainkan mereka yg kembali kpd Allah dengan hati yg sejahtera.

Semoga bermanafaat
Wassallam......

Marilah Kita Sama2 jadi macam kisah pengecat perahu itu.... Beri manafaat walaupun tak bagitau

Comments

Popular posts from this blog

Percaya, sabar pasti ada ganjarannya

Ternyata 4 Hormon Ini Keluar Bila Senyum