Ternyata 4 Hormon Ini Keluar Bila Senyum

Ternyata Senyuman Mampu Melepaskan 4 Hormon Baik Ini. Selepas ini jangan muka masam, berlatih untuk senyum selalu.

Pernahkah kalian merasa sedih atau sedang mengalami masalah dan mendapatkan nasihat untuk tetap tersenyum? Setelah kalian tersenyum, perasaan dan tubuh kalian menjadi lebih baik. 

Ketika menghadapi masalah ada ungkapan “hadapi dengan senyuman”. Hal tersebut memang bukan sekadar ungkapan semata, tetapi secara ilmiah tersenyum mampu mempengaruhi kerja otak dan menjadikan mood lebih baik.

Otak merupakan pusat kawalan tubuh badan. Ketika kalian tersenyum, otak akan melepaskan empat hormon. Hormon tersebutlah yang merupakan ubat bagi tubuh dan menjadikan keadaan psikologi lebih baik. 

Jom kita lihat empat hormon tesebut.

1. Neuropeptida
Neuropeptida adalah hormon komunikasi yang menyebarkan maklumat ke badan.  Apabila merasa gembira, sedih, marah, atau sakit hati, hormon ini berperanan menyebarkan perasaan ini ke seluruh badan.  Sehingga ketika anda tersenyum, neuropeptida juga akan memberi kesan santai dan tenang pada badan.

2. Serotonin
Serotonin dikenali sebagai hormon penyembuhan yang berada dalam aliran darah.  Semasa tersenyum, hormon ini berperanan dalam menstabilkan mood dan mengurangkan tahap kemurungan dengan mengatur tahap kegelisahan.

3. Dopamine 
Dopamine sebagai hormon perangsang yang ceria akan memberi keselesaan pada mood.  Senyum mampu menghasilkan dopamin dengan tahap yang setara dengan dopamin yang dihasilkan dari 2000 batang coklat.

4. Endorfin
Endorfin dikenali sebagai pil gembira kerana hormon ini mempunyai tanggungjawab untuk melawan tekanan dan kesedihan yang dialami oleh tubuh.  Secara fisiologikal, hormon ini berperanan dalam menurunkan degupan jantung dan tekanan darah sehingga menjadikan tubuh lebih relaks.

Jadi jika kalian mencari ubat yang murah maka senyumlah. Banyak senyum tidak hanya memberikan impak positif pada tubuh kalian tetapi juga memberikan aura positif pada orang-orang sekeliling.

Berkongsilah informasi ini kepada orang-orang yang kalian sayang. Semoga mereka sentiasa sihat dan tenang setelah mendapat sedikit tambahan pengetahuan.

#mnaw

Comments

Popular posts from this blog

Percaya, sabar pasti ada ganjarannya

Ringankan Tangan