Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu, dia pun mengecat perahu tersebut. Saat mengecat, dia terjumpa sebuah lubang kecil di dasar perahu tersebut. Terfikir takut akan mendatangkan kemalangan...lalu ia menampalnya diam-diam. Selepas tamat mengecat, ia menerima upahnya dan pergi. Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh tidak diduga. Si tukang cat terkejut dan berkata, "Anda sudah membayar upah saya Tuan". "Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini kerana anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku". "Ah, itu kan cuma hal kecil. Tuan tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini utk pekerjaan sekecil itu". Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat perahu itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya terus pergi memancing dengan menaiki perahu itu. Mereka tidak tahu tentang lubang itu. Sementara saya tidak berada d...
Comments
Post a Comment