Kenapa Makan dan Kesihatan Ada Perkaitan. Mungkin Ini Dapat Memberi Sedikit Pencerahan.

Pernah dengar makan adalah punca kepada banyak penyakit?
Makan yang tidak dikawal boleh menyebabkan berat badan bertambah.

Berat badan bertambah boleh menyebabkan obesiti.

Obesiti antara penyebab utama kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan jantung. Penyakit yang orang panggil 3 Serangkai.

Kita telah diingatkan di dalam 'buku besar' kita di mana ayat makan dan minum serta sakit telah diletakkan secara berdekatan di dalam satu chapter yang sama. 

Cuba kita buka Chapter Penyair. Cuba lihat ayat yang ke 79 dan 80. Jom kita buka dulu. Saya tunggu kalian buka dan baca dan fahamkan.

Jangan kita dengar kata orang saja, baca tanpa melihat buktinya. Kita guna telinga, mata dan hati kita. Barulah kuat keyakinannya.

             Surah Ash-Shu`arā': Ayat 79-80

Allah telah mengingatkan kita supaya mengambil pelajaran daripada ayat-ayat yang mudah faham ini.

Poin-poin mudah di dalam ayat ini ialah makan, minum, sakit dan sembuh.

Dalam kontek pada ketika ini di musim perayaan ini. Walaupun ketika musim PKP ini dilaksana akibat wabak Korona. Kita tetap akan makan dan makan. 

Ayat-ayat ini menampak kepada kita dengan makan dan minum kita mampu sakit. Dan sakit juga mampu disembuhkan. Yang mampu sembuhkan hanya Dia yang maha berkuasa.

Ternyata banyak penyakit berpunca kerana 2 aktiviti ini iaitu aktiviti (1) makan, (2) minum.

Makan yang tidak dikawal berisiko mendapat darah tinggi malah berisiko mendapat serangan jantung dan stroke. Minum yang tidak dikawal berisiko mendapat kencing manis.

Jadi, sebagai manusia yang bijak dan suka berfikir. Ayat-ayat di atas tadi boleh diambil pelajaran dalam pelbagai sudut.

Boleh dijadikan peringatan Allah dalam kontek menjaga kesihatan.

Boleh dijadikan penyataan Allah yang apa pun masuk ke mulut kita untuk dimakan itu semua datang dari Dia.

Boleh dijadikan pelajaran yang setiap sakit kita tiada kuasa lain yang dapat sembuhkan melainkan Dia semata-mata dengan perantaraan manusia.

Semoga penulisan ini kalian yang membaca dapatlah sedikit pengetahuan dan pelajaran.

Juga boleh dijadikan bahan untuk kita terus berpesan-pesan. Berpesan ke arah kebaikan kita semua.

Perkongsian itu Keprihatinan
Sharing is Caring

Ikhlas,
Nasrul Wahab
NWO - Nasrul Wahab Official




Comments

Popular posts from this blog

Percaya, sabar pasti ada ganjarannya

Ringankan Tangan

Ternyata 4 Hormon Ini Keluar Bila Senyum