Musim PKP Waktu Sesuai Tambahkan Nilai Diri


Bermula 18hb Mac 2020, kerajaan telah membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perintah dibuat untuk menangani penularan wabak pendemik Covid-19 yang kini merebak ke seluruh dunia.

Perintah ini pastikan mendapat banyak pandangan daripada rakyat. Ada yang dapat menerima dengan lapang dada. Ada yang menerima dengan terpaksa.

Perspektif berbeza ini terjadi kerana ekonomi peribadi dan keluarga yang tidak stabil dikalangan keluarga di negara.

Perintah tetap perintah. Kita sebagai rakyat mahu ataupun tidak, kita terpaksa patuh perintah. 

Kita juga pemimpin. Pemimpin untuk diri sendiri dan pemimpin keluarga. Laksanakan tugas memahamkan diri dan ahli keluarga. Berbincang untuk mendapatkan pandangan mereka.

Secara peribadi, saya berlapang dada dengan apa yang berlaku ini. Yakin semua ini sudah diizinkan si Pencipta. Walaupun ini mungkin angkara perancangan tangan-tangan jahat manusia. 


Jadi, untuk mengisi ruang waktu di rumah sepanjang PKP dan PKPB. Saya telah merancang untuk 'Tajamkan Gergaji' yang ada pada diri.

Diantara modul-modul besar yang sempat saya langgani semasa musim PKP ini ialah;
1. Kelas Online Content - KHM
2. Kursus Online Sport Massage - ARMELS Sport Massage
3. Modul Mula Dari Kosong - BRC
4. Modul Belajar Urut Satu Badan - Terapi Al-Amin
5. Modul Ayat Iklan Menjual - BRC
6. Modul 21 Formula Copywriting - BRC
7.Case Study Manual Penulis Iklan Sepenuh Masa - Write to Wealth
8. Pakej Premium CaseStudy Story Selling - Extreme Tech
9. Ebook 10 Copywriting Orang Expert Buat Untuk Viral - Akademi Guru Niaga

Banyak jugak kan bila ditulis senarai modul yang dilanggan.

Kebanyakan modul barkaitan dengan topik penulisan, pemanguna bisnes dan kesihatan.

Saya juga berharap kalian juga mempunyai perancangan dan strategi tersendiri untuk menambah nilai diri masing-masing.

Yang paling utama kena kita fikirkan ialah aktiviti komersil yang dapat kita buat selepas tamatnya tempoh perintah kawalan pergerakan.

Semoga tulisan ini bermanfaat buat kalian yang sudi membaca hingga selesai.

Ikhlas,
Nasrul Wahab
NWO - Nasrul Wahab Official




Comments

Popular posts from this blog

Percaya, sabar pasti ada ganjarannya

Ringankan Tangan

Ternyata 4 Hormon Ini Keluar Bila Senyum